assalamualaikum
sedar tak sedar, dah dua minggu kita menjalani ibadah puasa. alhamdulillah, setakat ni semuanya okay cuma aktiviti ramadhan kali ni sangat 'padat maksimum' oi oi. hehe
sampai blog pun tergendala..ni haa antara aktiviti sepanjang ramadhan.
kemas bilik!
yeah, wishlist tahun ni untuk tukar wajah bilik sedang dijalankan~ fiuhh agak pening jugak nak ubah suai bilik balik ni..
hamik. semua barang dah kena longgok kat satu tempat: dlm proses~ |
masak,masak dan masak
selalunya hari2 biasa aku malas nak masak, n biarkan kakak aku sorang2 ja masak. tapi time bulan puasa ni bukan main rajin lagi sediakan untuk bebuka n sahur. bab sahur tuh, selalu terlajak+terlewat sikit bangun^^
antara menu ramadhan. sorry comot sikit masak:D |
part time turun pasar
sabtu & ahad pula, aku tolong niaga daging. best woo! haha tapi bab kira2 aku fail sikit lah.. yang pasti, gerai nombor 1 @ pasar seksyen 6 shah alam ya. nak raya ni..boleh lah korang terjah. sekarang dah boleh booking untuk raya nanti, so sehari sebelum raya just dtg amik + tak perlu berebut nak beli:) tak ingat pulak nak snap gerai daging kitaorg.
bisnes bisnes bisnes
1
sebelum puasa dah siapkan kuih raya & now dah nak habis. so esok baru nak start uli2 kuih lagi. target siapkan dalam 30 balang macamtu..antara kuih yg akan dibuat almond london, biskut arab, choc chip cookies, semperit & bla3.
2
sepanjang ramadhan ni, lagi2 nak raya kompem tempahan tartlet tak henti2. ni pun nak kena uli2 jugak ni.
RM1 SAHAJA, MINIMUM 30PCS.
ouh ya, esok 16hb tarikh last untuk order biskut arab n almond london. hmm untuk tartlet dah tutup sebenarnya tapi boleh lah last call, esok ya. so sesiapa yang nak order, sila berbuat demikian sebelum lusa.
sebarang pertanyaan, contoh gambar sila rujuk:
SNIFLUSCIOUS / email: snifluscious@hotmail.my
TERIMA KASIH:)
5 cOmMeNtS:
biskut arab senang je buat
:-)
aah senang:) tp nak buat byk2, lenguh sikit tgn.
polaroid !!!
perasan aja umie:D
alahai seleranyaa :D
Post a Comment