tak susah nak buat lasagna

Monday, May 9, 2011

Resepi lasagna ni aku edit sikit dari resepi asal. selalu aku dengar bila orang try buat lasagna, mesti ckp sedap tapi tak berapa nak lembut kan?

meh aku nak share resepi lasagna yg mmg lembut, lebih kurang mcm pizzahut,secret recipe,dominos..simple ja:)

Bahan & Cara buat Sos Daging

400 g daging dicincang/dikisar
6 sudu tomata puri
serbuk lada hitam,garam,gula
4 ulas bwg putih dipotong halus, 1 labu bwg besar dipotong halus, 410g tomato dikisar.
1-Panaskan minyak(3sudu), tumiskan bawang besar & bawang putih
2-masukkan daging cincang,tomato kisar,tomato puri & sedikit air(450 ml)
3-bila daging dah nak masak, kuah daging ni akan nampak pekat sikit.
4-akhir sekali tabur serbuk lada hitam,gula(untuk imbangkan rasa masam tomato) & garam.

okay dah cukup rasa, dah masak, letak tepi dulu..buat sos putih pulak eh.


Bahan & Cara buat Sos Putih

60g butter
60g tepung gandum
600ml susu segar dutch lady/marigold
sedikit mozarella cheese(bg cheesy skit)

panaskan api, cairkan butter sampai berbuih~>campurkan dgn tepung kacau sampai mcm dlm gambar
tuangkan susu-kacau ~~>letak cheese,lada sulah,garam~~>kacau sampai pekat sikit ja.

1-Panas & cairkan mentega sampai berbuih halus. Masukkan tepung, kacau hingga sebati guna balloon whisk  (takda balloon whisk, guna apa2pun takpa)
2-Tuangkan susu & taburkan sedikit mozarella cheese, kacau lagi sampai sos tuh pekat
3-Masukkan garam & serbuk lada sulah secukupnya.

macam tu je buat sos putih..pandai2 la korg rasa n tambahkan apa2 patut yg korg suka eh:)

Sekarang ni mari dekat mari dekat** ahaha aku nak tunjuk mcm mana aku lapiskan lasagna nih, supaya lepas  dah siap bakar, masa nak potong tuh mmg sangatlah lembut, yummy:D

LASAGNA SHEET sangat penting ya korang, tak kisah cap apa pun.



lasagna sheet tak payah celup dgn air panas dah. just letak terus, buat lapisan mcm dalm gambar..sebijik dr step 1-8. lapisan atas sekali tuh ratakan dgn sos putih(yg atas ni letak penuh2,sampai tak nampak lasagna sheet tu)

bakar pada 170C selama 30 minit / sehingga masak

sekarang, jom ramai2 cuba buat lasagna.. tak payah korang nak beli dekat kedai2 fast food dah..lainlah kalau korang beli dekat aku..itu sangat dialu-alukan. hehehe ;p

tralala: melantak ja kerja:D haha okay selasa(17hb) ni aku dah blah pi PLKN. tata korang-.-

8 cOmMeNtS:

onie said...

wah,terliur dibuatnye!! nampak macam tak susah sangat nak buat,thanks btw ^^

sniffa said...

ur welcome:)

yup kalau dah buat..baru tahu tak susah pun buat lasagna ni..apa lagi try lah buat eh^^

edzlin007 said...

wahh! thanks a lot. blog anda sgt2 membantu. selama ni mmg saya beli lasagna segera je :p sbb buat dulu tak jadi.

nak cuba nanti :)

snifluscious said...

hehe nanti sis cuba tau. kalau mcm tak berapa nak jadi bgtau..mana tahu kot2 ifa ada tertinggal apa2 ke..

kalau da buat n jadi pun kasi tahu eh:D

アヌム ちゃん said...

Salam. singgah sini ye~ Nice blog :)
Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

edzlin007 said...

hi cik adik... saya baru cuba smlm. not bad la..hehe betullah tu kan... :D thx ya.

snifluscious said...

アヌム ちゃん:tq:)

kak edzlin:
haha. ouh eh.. kalau nak sedap lg boleh hentam2 letak apa2 yg akak suka tau.

sbb ifa pun selalu tukar resepi ikut mood:D

tq try:)

Fatin Amirah said...

Akak, kenapa sy buat kan, lasagna sheet x masak pun. :(