resepi macaron:buat sendiri jimat kos:p

Sunday, May 29, 2011

assalamualaikum

belek2 majalah RASA, nampak 2 3 resepi macaron..mcm sodap je tu yang terus nak buat..bahan2 semua dah ada. apalagi mari bereksperimen, walaupun aku punya macaron mcm kalau masuk masterchef kompen kena reject tapi sedap jugak la.. tettt. macaron punya bahan tak banyak cuma..kena berlajar betul2 camna nak bagi macaron tuh cantik.

takpa la macaron aku tak cantik..tapi adalah rupa jugak;) mehh belajar buat macaron..aku share resepi dulu, nanti nanti kalau rajin baru aku tempek gambar cara2 nak buat ni eh.


RESEPI MACARON OREO | SIZE 50SEN | +-50BIJI

BAHAN A:
135gm gula aising
90gm serbuk badam

BAHAN B:
75gm putih telur
50gm gula kastor
sedikit pewarna (ikut suka korang)

BAHAN INTI:
200gm mentega
150gm gula aising 
100gm oreo
[kurangkan gula kalau tak nak manis]

CARA MEMBUAT:
1: Campurkan kesemua bahan A dan ayakkan. ketepikan.
2: Putar bahan B hingga kembang kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
3: Masukkan adunan pertama ke dalam bahan A dan letakkan pewarna hijau. Kacau perlahan-layan menggunakan spatula.
4: Kemudaian masukkan pula adunan kedua dan kacau perlahan-lahan lagi hingga sebati.
5: Masukkan pula bahagian ketiga dan mesrakan lagi adunan perlahan-lahan.
6. Sediakan loyang pembakar dan paipkan adunan bulat2.
7. Rehatkan seketika macaron sehingga bahagian atas macaron betul2 kering (lebih baik biarkan dulu 30 minit) kemudian baru bakar dgn suhu 160C selama 14minit.
8. Masa bakar macaron tuh, kalau jgn tutup rapat oven tuh, bagi terbukak sikit..
9. Dah masak angkat dan rehatkan sekejap.
10. Untuk intinya, campurkan kesemua bahan dan putar hingga kembang.

okay taraaa. sekarang, kalau macaron dah tak panas dah boleh letak inti kat tengah2 macaron. dah pun siap:)

SILA RAJINKAN DIRI UNTUK SEARCH GOOGLE/YOUTUBE VIDEO BUAT MACARON. TQ^^

untuk peminat aku  penggemar macaron : sila2 lah makan macaron tuh dengan kadar yang sikit..sebab MANIS, haih takut tak pasal2 masuk hospital. aku baru gigit 1 2 3 4 5 6 macaron ni pun dah rasa macam nak kena potong kaki ouh! tapi sekali sekala tu boleh lah..

3 cOmMeNtS:

alinac lover said...

waaa.. bole tahan ek terer buat :)

nak jual oke jugak..meh yong nk try beli bole?

sniffa93 said...

baru 2 3 kali buat.. payah jugak nak menjadi.

kalau sis nak try boleh je..nak? untuk permulaan ifa nak jual 25pcs Rm30 n free postage..

ifa just buat filling-oreo,choc & peanut butter:)

edzlin007 said...

wahhh kamu ni...leh cuba masuk pertandingan ni hehe