Apa itu pemikiran positif?
Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina
manfaat yang kita dapat dengan berfikiran positif?
- ~akan disenangi dan dihormati
- ~akan mudah mendapat kawan
- ~akan menjalinkan hubungan sosial yang baik
- ~berupaya untuk menangani stres dengan menjadikan keadaan negatif sebagai peluang untuk kita belajar
- ~cenderung melihat kebaikan orang lain dan ini akan mengelakkan wujud permusuhan di antara kita dan orang lain
kita belum berfikiran positif?
Kemungkinan kita sudah berfikiran positif. Walau bagaimanapun kadang-kadang tercetus pemikiran yang tidak rasional mengakibatkan kita membuat kesilapan dalam berfikir.
Kesilapan dalam berfikir dan pemikiran yang tidak rasional adalah punca utama menyebabkan terjadinya pemikiran negatif. Berfikiran negatif pula akan mewujudkan emosi negatif seperti stres, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan.
Kenapa saya berfikiran negatif dan membuat kesilapan dalam berfikir?
Bagi seseorang, pemikiran negatif boleh mencetuskan sedikit stres, dan dapat membantunya menyelesaikan masalah atau kesilapan. Walau bagaimanapun, cara seseorang memikir adalah dari ikutan orang lain. Kesilapan dalam berfikir berlaku kepada kita semua dan ia berfungsi sebagai penggalak dalam kehidupan harian kita. Namun dalam jangka masa panjang, ia boleh mengubah keperibadian anda.
cara untuk kita berfikiran positif?
Untuk berfikiran positif, memerlukan pemerhatian yang positif terhadap perkara-perkara yang kita alami di dalam kehidupan harian anda.
Setiap kali kita dilanda berfikiran negatif atau berfikiran tidak rasional, cuba fikirkan sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif. Apabila anda menyedari berlaku kesilapan dalam fikiran kita, cuba perbetulkannya.
Beberapa cara termasuk:
- ~Senaraikan perkara yang kita sukai mengenai diri kita &dapat melakukan dengan baik
- ~Ambil perkara-perkara yang positif mengenai orang yang anda temui (peluangnya, sedikit sahaja)
- ~Cari bukti-bukti yang seseorang itu jahat sepenuhnya (peluangnya, tiada langsung)
- ~Terima apa saja yang positif sebagai kebaikan, bukan sebagai hal yang kecil
- ~Anggapkan setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan
- ~Terima sesuatu sebagaimana seadanya dan elak membuat andaian buruk
- ~Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu anda
- ~`Kesilapan merupakan peluang untuk belajar
- ~Beri perhatian ke atas perkara yang anda berupaya melakukannya, berbanding dari apa yang tidak mampu anda lakukan
Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan berfikiran positif?
- ~Tentukan matlamat yang mampu dicapai
- ~Berkawan dengan orang yang berfikiran positif
- ~Kerap mengamalkan senaman relaksasi
- ~Amalkan jenaka di dalam kehidupan harian anda - ketawa boleh membantu
- ~Selalu berada di tempat-tempat pembinaan aspek kerohanian
0 cOmMeNtS:
Post a Comment